Monday, September 3, 2012

Remaja, Muda Sami 'G' ( 4 Sale )

Salam..semua di sini TM nak offer pada kawan2 yg berminat baka sami...ada seekpr remaja dan seekor muda untuk di jual...yg remaja dh mendada ekor kelabu2 skit..yg muda badan panjang slim x parking lagi...berminat boleh menghubungi TM.... Tidak terlambat lagi rasanya TM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir Batin pd semua.....

Thursday, July 26, 2012

Salam Ramadan...........

Salam semua n salam ramadan semua...moga kita semua mendapat keberkatan...di sini TM masukkan foto terkini dee"Mancis yg TM terima dari tuan baru nya...semoga di tangan tuan barunya lebih menyerlah lagi...seronok hasil breed sendiri memuaskan hati orang lain...Alhamdulillah...buat masa ini TM breed secara kecil2an saja...dgn pembaka projek baru...ke arah cubaan menghasilkan ayam bercutting idaman TM pula...apa pun tunggu lihat dan redha lah dgn apa yg akan keluar nanti....akhir kata maaf andai tersalah kata,terlebih bahasa....Salam...

Tuesday, July 3, 2012

Dee"Manciss 4 Sale....( SOLD )

Ini adalah foto dee Manciss terkini...baru mula nak parking2...setelah menunggu lama...ini adalah hasil breeding TM adunan Dee"Rizma dan induk berdarah Samie...dapat juga hasilnya..di sini TM ingin membuat tawaran dee Manciss pada sesiapa yang berminat boleh datang lihat sendiri..ayam pun dah x banyak...sejak pindah ke Taiping ni....susah nak pelihara banyak2 kerana duduk di rumah taman....jika ada sesiapa yang berminat boleh hubungi TM...

Friday, June 22, 2012

Al-Fatihah.....buat Cg Din Klang

Salam semua sebentar tadi TM menerima beberapa sms dan call dari rakan serama di Klang, memaklumkan pemergian seorang rakan serama kita yang saya hormati iaitu Cg Din Klang...TM memang senang dengan Arwah Cg Din dengan sifat dan sikap nya..Arwah antara peminat serama yang aktif mewarnai bon serama di Malaysia..terutama di Melaka...pemergiannya pasti di rasai oleh rakan2 serama yang lain..TM dan beberapa rakan lain Hafiz JB dan Cg Bai pasti akan mengingati arwah...kerana kami sentiasa berjenaka apabila beretemu arwah...di sini TM mengucapkan sekalung Takziah kepada keluarga arwah...dan semoga arwah di tempatkan golongan yang beriman... Amin... Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah pada arwah.....Salam semua...

Wednesday, June 13, 2012

Salam Perak........

Salam semua lama x update blog..sibuk lagi ber FB plak sekarang..skarang TM sudah berkhidmat di Perak kawasan Taiping...dapat tukar plak tengah2 tahun lepas berkali2 memohon...harap di sini ada sinar baru...ayam pun terpaksa di kurang kan...kerana TM duduk rumah taman...yang lain banyak di lepaskan ke geng serama Johor...di bawah di paparkan antara anak hasil breeding TM di Johor yang lalu hasil adunan pembaka Dee"Rizmaa dan induk2 dari baka S.Gilerr.....harap hasil di Perak pun menjadi juga seperti di Johor...suasana sekarang serama di Malaysia sebenarnya makin abik...ayam cantik semakin banyak sekarang...cuma ayam yang Ngilerrrr bergaya di meja agak jarang2...jadi itu yang membuat kan serama menarik..klau semua gilerrrr x best jugak kan...k...salam kawan2 ada masa rezeki jodoh kita berjumpa lagi maaf andai tersalah kata terlebih bahasa.... Dee Manciss Anak A

Tuesday, December 13, 2011

Salam Semua...........

Dee'Rizmaa





Sri Kenyir



Apa khabar semua peminat serama lama dan baru. Selamat bercuti panjang buat yang bercuti panjang. Di sini TM just nak shared foto- foto serama menarik...Sri Kenyir dan Dee'Rizma. Sri Kenyir kini di bawah jagaan Otai Nan Tumpat setelah susah payah TM kembalikan semula Sri Kenyir ke tanah air. Sri Kenyir mendapat 4 trofy pada 1st bond di sertainya di Joghjakarta,kini di bawa ke Malaysia untuk ambil udara segar di Negeri kelahirannya hehehe....Dee' Rizma juga di asuh di sana juga, Dee Rizma No 2 Remaja Melor, no 3 Remaja Melaka kini meluruh ekor dan sedang ngorak ekor muda. Harap cepat siap dan boleh turun bon. Selamat berjumpa lagi maaf andai tersalah kata terlebih bahasa.

Monday, November 21, 2011

Bon Perak di Ipoh

*PERTANDINGAN KESENIAN & KECANTIKAN AYAM SERAMA NEGERI PERAK

Tarikh : 3 Disember 2011
Tempat : Dewan Berhampiran Stadium Ipoh
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi hingga 2.30 petang
Yuran Pendaftaran : Rm 45 utk seekor ayam
Pengadil : Kelantan (PERKASA)

*Hadiah Setiap Kategori : Johan- Rm 300 serta sijil
N.Johan- Rm 200 serta sijil
Ketiga- Rm 100 serta sijil
Keempat- Rm 80 serta sijil
Kelima- Rm 60 serta sijil
Keenam dan seterusnya barangan elektrik
(Sijil hingga tempat ke-10)
*Hadiah 30% daripada penyertaan
*BOTB- Rm 100 + Sijil + Piala
*Bonanza : Rm 500 x 1
Rm 300 x 1
Rm 100 x 2
Rm 50 x 4
*Barangan Elektrik Dan Juga Hamper
*Jika Penyertaan Melebihi 450 ekor, Bonanza akan dinaikkan.

Tuesday, October 4, 2011

Salam Semua....








Salam semua lama x update blog. Cuaca hujan x menentu di Johor kini. ayam TM masuk ni dah 12ekor pergi. Susah juga...cuaca kini..di sini TM just shared info bon di Melaka pada 29 Okt 2011 nanti dah shared foto serama menarik...Just 2 shared k.....
copy from seramapersona.blogspot.com

Info Bon:

Pertandingan Serama Di Melaka 29.10.2011
Salam kawan-kawan semua,
Insyallah satu pertandingan serama bakal kami anjurkan di Melaka sempena hari peladang 2011,apa2 berita terkini tentang pertandingan tersebut akan kami maklumkan kerana kami hanya masih berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Melaka mengenai hadiah,
Tarikh : 29.10.2011 (Sabtu)
Tempat :Dataran Sejarah,Melaka (Bersebelahan dengan zoo melaka)

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri..........Maaf Zahir Batin





Di sini TM mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin........Harap di maafkan andai ada salahkata terlebih bahasa.......
Kita jumpa di arena serama selepas Ramadhan ini pasti meriah....
Salam semua.....

Friday, June 10, 2011

Jemputan Ke Pertandingan Kesenian Serama Perak

PERTANDIGAN AYAM SERAMA ANJURAN GROUP SERAMA PERAK

Salam kawan2 peminat serama, jemputan kepertandingan ayam serama di Ipoh Perak

Pada Tarikh 09/07/2011(sabtu)
Bertempat diperkarangan Stadium Ipoh

8 kategori pertandingkan - 1) Serama A
2) Serama B
3) ABS(tampa lawi)
4) Muda
5) Remaja
6) Induk
7) Anak B
8) Anak A

Yuran bagi kategori 1-5 RM30
Yuran bagi kategori 6-8 RM20

Pengadil = Abg Sasdi Perkasa & rakan2

HADIAH 1-5
Johan RM150 + sijil
N. Johan RM100 + sijil
Ketiga RM80 + sijil
Keempat dan seterusnya 30% dari penyertaan (sijil akan deberi hingga tempat ke 10)


HADIAH 6-8
Johan RM80 + sijil
N. Johan RM60 + Sijil
Ketiga RM50 + sijil
Keempat dan seterusnya 30% dari penyertaan (sijil akan deberi hingga tempat ke 10)

BOTB RM100 + Piala+ sijil

CABUTAN BERTUAH

Wang tunai
Barangan Elektrik
Dan Hamper

SEBARANG PETANYAAN BOLEH HUBUNGI

Wandy 017-4268396
Wan gunung 012-4544445
Mahadir 019-5535993
Cikgu Pie 012-4328114
Lan Gas 016-5465453

Datanglah beramai-ramai memeriahkan pertandigan..kahadiran dan penyertaan tuan puan amatlah dihargai..

Tuesday, May 10, 2011

Serama Oh...Serama







Salam lama x update blog....kepada rakan2 serama teruskan seni serama ini...Semoga kesenian ini terus berkembang.....Di sini TM masukkan beberapa gambar just 4 shared....Anak2 A itu hasil breed dengan induk2 terpilih...Harap ada potensi...Induk di atas pula adalah induk tanding TM...mendapat tempat ke-2 di Melaka baru2 ini...dan ianya bertelur ha33 Yang kuning Muda pula adalah serama dari Kelantan TM miliki masa anak B tunggu lock n parking kerana belum setiap masa gayanya begitu he33...
Salam semua ada masa rezeki kita berjumpa di bon Ledang...
Tunggu..lihat dan redha ha33....

Sunday, April 3, 2011

Produk Sendiri... "Dewa Hodoh"





- Sibuk....mengurus pelajar bolasepak bawah 18 dan 15 sekolah he33....

Tuesday, March 15, 2011

Salam Semua...

Anak A


Anak B


Xibo


Salam rakan2 serama lama xupdate blog...bz skit isteri TM baru selamat melahirkan anak ke-2...perempuan...alhamdulillah....Sepanjang cuti ni banyak duduk di rumah mertua aja...ada jgk sempat melawat 3-4reban kawan serama sambil2 tu...he33...Perkembangan terkini tiada lagi yang menarik pada TM anak2 hasil breed masih kecil lagi kini tunggu ajalah gambar2nya nanti...Di bawah TM masukkan beberapa gambar serama antara nya Xibo yang baru TM dapat yang kni telah ke alam muda...masih belum lock sepenuhnya menurut tuan barunya....

Anak A dibawah pula adalah dari reban sahabat TM dari bloodline mana TM xperlulah beritahu lagi he33...kni tunggu ajalah yea...Sang Airmata masih sihat cuma dia xbesar2 lagi seperti Xibo yg sudah ke alam muda..Sang Airmata masih lagi di cutting anak B tetapi gaya yang ganas tarik selam...ekor aja dah senget skit....Anak B di atas pula adalah dari baka tok uban...gaya boleh tahan jugak tunggu lihat n redha jelah....
okay rakan sampai sini aja dahulu ok...Anak TM dah menangis tu he33....moga kita berjumpa di lain waktu...Salam Semua.....

Sunday, February 13, 2011

Timur Waja & Guruh Badai

Guruh Badai




Timur Waja



Kedua2 ayam masih anak B ke Remaja...tunggu lihat dan redha lah apa nak jadi....he2...Nanti TM akan post gambar remaja simpan untuk Bon dalam proses training lagi.....As'Salam

Tuesday, February 8, 2011

Pembaka Asura & Perkembangan Terkini






Sudah lama tidak update blog salam pada semua....Cuti sekolah yang panjang baru2 ni TM pn berjalan jgk balik kampung selain ke bon Melaka dan Tebengau...ada jgk melawat2 reban rakan2 serama...Zonan di bon pun belum lekat lagi untuk TM ha2...markah gaya sahaja yg boleh diharapkan 22.5....memandangkan ekornya belum siap...tunggu jelah lepas nie...
Perkembangan lain walaupun bapak Kelabu telah tiada lagi(mati)anak2nya berjaya jgk menetas 3ekor,dari induk Rapunzel 2ekor dan sekor dgn induk dari rumah Otai Marang...Harap ada potensi...Lain2,induk TM sekor lagi sedang mengeram 6biji baka dari reban Hj. Iskandar Keramat....

Gambar diatas adalah pembaka untuk TM offer pada rakan2 yang berminat....Ayam naik induk tiada masalah....he3....

Perkembangan lain dikhabarkan akan ada bon di K.L pada 26hb ini....ada masa TM mungkin pergi jgk kot....Salam Semua...
Maaf andai tersalah kata terlebih bahasa...........

Sunday, January 23, 2011

Sang Air Mata







Tunggu Lihat dan Redha....Harap Usianye Panjang....

Wednesday, January 19, 2011

Xibo Beraksi...

Xibo....Gaya Biasa


Tarik sikit...


Bila buat Adalah Aksi sikit...


Salam semua...disini TM just nak masukkan gambar Xibo kerana lepas publish gambar Xibo baru nie, TM kena "sound" dgn sahabat serama TM jgk...(he33)dia cakap kenapa masukkan gambar pengintip(dalam serkup)...so untuk mengembirakan hati sahabat TM dan rakan2 lain disini TM masukkan gambar Xibo diatas meja...post sebelum ini gambar lepas lap bulu....Ini saja yang TM nak kongsikan........
Maaf andai terlebih kata tersalah bahasa......Salam semua...

Saturday, January 15, 2011

Musim Hujan dan Sejuk....Cabaran Kesabaran...

( Xibo )




Salam pada semua rakan serama...harap semua sihat selalu...kini di Gelang patah, Johor musim hujan memanjang...di tambah lokasi umah TM agak berbukit2 dan dengan lautan menambah lagi keadaan yang sejuk...ini antara menjadi masalh dan cabaran untuk memelihara serama. Minggu ini sahaja 2 ekor ayam TM selamat pergi selama2nya...Pembaka Kelabu ( Xinan )dan remaja Tunggu Lihat Redha...kedua2 mati kerana kesejukan...Pelbagai usaha terpaksa dilakukan untuk mengelakkan ayam serama yang sememang xtahan sejuk...

Kepada rakan2 samalah kita menjaga dengan penuh kesabaran...bak kata seorang breeder yg TM temui katanya..." pelihara serama umpama kita kongsi jiwa dengan dia..bukan sekadar beri makan dan minum...."katanya...mungkin ini sebabnya rebannya sekali menetas sampai berpuluh ekor dgn induk2nya..dan yang penting banyak yang berkualiti...tengok orangnya pun dah tau sabar..tekun...he2....Ini sahaja lah kot setakat ni Tm nak kongsi kan...

Gambar tersebut pula anak B ( Xibo ) milik TM dari darah Otai Keramat...harap ada potensi dan masa depan.....Kita tunggu dan lihat...Redha...lah dia nak jadi apa...he3....

Salam dari Tm..maaf andai tersalah kata terlebih bahasa....