Monday, September 3, 2012

Remaja, Muda Sami 'G' ( 4 Sale )

Salam..semua di sini TM nak offer pada kawan2 yg berminat baka sami...ada seekpr remaja dan seekor muda untuk di jual...yg remaja dh mendada ekor kelabu2 skit..yg muda badan panjang slim x parking lagi...berminat boleh menghubungi TM.... Tidak terlambat lagi rasanya TM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir Batin pd semua.....

Thursday, July 26, 2012

Salam Ramadan...........

Salam semua n salam ramadan semua...moga kita semua mendapat keberkatan...di sini TM masukkan foto terkini dee"Mancis yg TM terima dari tuan baru nya...semoga di tangan tuan barunya lebih menyerlah lagi...seronok hasil breed sendiri memuaskan hati orang lain...Alhamdulillah...buat masa ini TM breed secara kecil2an saja...dgn pembaka projek baru...ke arah cubaan menghasilkan ayam bercutting idaman TM pula...apa pun tunggu lihat dan redha lah dgn apa yg akan keluar nanti....akhir kata maaf andai tersalah kata,terlebih bahasa....Salam...

Tuesday, July 3, 2012

Dee"Manciss 4 Sale....( SOLD )

Ini adalah foto dee Manciss terkini...baru mula nak parking2...setelah menunggu lama...ini adalah hasil breeding TM adunan Dee"Rizma dan induk berdarah Samie...dapat juga hasilnya..di sini TM ingin membuat tawaran dee Manciss pada sesiapa yang berminat boleh datang lihat sendiri..ayam pun dah x banyak...sejak pindah ke Taiping ni....susah nak pelihara banyak2 kerana duduk di rumah taman....jika ada sesiapa yang berminat boleh hubungi TM...

Friday, June 22, 2012

Al-Fatihah.....buat Cg Din Klang

Salam semua sebentar tadi TM menerima beberapa sms dan call dari rakan serama di Klang, memaklumkan pemergian seorang rakan serama kita yang saya hormati iaitu Cg Din Klang...TM memang senang dengan Arwah Cg Din dengan sifat dan sikap nya..Arwah antara peminat serama yang aktif mewarnai bon serama di Malaysia..terutama di Melaka...pemergiannya pasti di rasai oleh rakan2 serama yang lain..TM dan beberapa rakan lain Hafiz JB dan Cg Bai pasti akan mengingati arwah...kerana kami sentiasa berjenaka apabila beretemu arwah...di sini TM mengucapkan sekalung Takziah kepada keluarga arwah...dan semoga arwah di tempatkan golongan yang beriman... Amin... Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah pada arwah.....Salam semua...

Wednesday, June 13, 2012

Salam Perak........

Salam semua lama x update blog..sibuk lagi ber FB plak sekarang..skarang TM sudah berkhidmat di Perak kawasan Taiping...dapat tukar plak tengah2 tahun lepas berkali2 memohon...harap di sini ada sinar baru...ayam pun terpaksa di kurang kan...kerana TM duduk rumah taman...yang lain banyak di lepaskan ke geng serama Johor...di bawah di paparkan antara anak hasil breeding TM di Johor yang lalu hasil adunan pembaka Dee"Rizmaa dan induk2 dari baka S.Gilerr.....harap hasil di Perak pun menjadi juga seperti di Johor...suasana sekarang serama di Malaysia sebenarnya makin abik...ayam cantik semakin banyak sekarang...cuma ayam yang Ngilerrrr bergaya di meja agak jarang2...jadi itu yang membuat kan serama menarik..klau semua gilerrrr x best jugak kan...k...salam kawan2 ada masa rezeki jodoh kita berjumpa lagi maaf andai tersalah kata terlebih bahasa.... Dee Manciss Anak A

Tuesday, December 13, 2011

Salam Semua...........

Dee'Rizmaa





Sri Kenyir



Apa khabar semua peminat serama lama dan baru. Selamat bercuti panjang buat yang bercuti panjang. Di sini TM just nak shared foto- foto serama menarik...Sri Kenyir dan Dee'Rizma. Sri Kenyir kini di bawah jagaan Otai Nan Tumpat setelah susah payah TM kembalikan semula Sri Kenyir ke tanah air. Sri Kenyir mendapat 4 trofy pada 1st bond di sertainya di Joghjakarta,kini di bawa ke Malaysia untuk ambil udara segar di Negeri kelahirannya hehehe....Dee' Rizma juga di asuh di sana juga, Dee Rizma No 2 Remaja Melor, no 3 Remaja Melaka kini meluruh ekor dan sedang ngorak ekor muda. Harap cepat siap dan boleh turun bon. Selamat berjumpa lagi maaf andai tersalah kata terlebih bahasa.

Monday, November 21, 2011

Bon Perak di Ipoh

*PERTANDINGAN KESENIAN & KECANTIKAN AYAM SERAMA NEGERI PERAK

Tarikh : 3 Disember 2011
Tempat : Dewan Berhampiran Stadium Ipoh
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi hingga 2.30 petang
Yuran Pendaftaran : Rm 45 utk seekor ayam
Pengadil : Kelantan (PERKASA)

*Hadiah Setiap Kategori : Johan- Rm 300 serta sijil
N.Johan- Rm 200 serta sijil
Ketiga- Rm 100 serta sijil
Keempat- Rm 80 serta sijil
Kelima- Rm 60 serta sijil
Keenam dan seterusnya barangan elektrik
(Sijil hingga tempat ke-10)
*Hadiah 30% daripada penyertaan
*BOTB- Rm 100 + Sijil + Piala
*Bonanza : Rm 500 x 1
Rm 300 x 1
Rm 100 x 2
Rm 50 x 4
*Barangan Elektrik Dan Juga Hamper
*Jika Penyertaan Melebihi 450 ekor, Bonanza akan dinaikkan.