Wednesday, August 5, 2009

Putaran Kekecewaan (50 Petala Langit)


Sebentar tadi TM diberitahu oleh teman TM dari Taiping iaitu saudara POk Nik Taiping, dia memberitahu,Pertandingan Kecantikan Ayam Serama Di Pantai Irama, Bachok dibatalkan atas sebab2 isu Virus H1n1 di negara kita. Menurut saudara Pok Nik Taiping ia disahkan oleh pengadil dari Kelantan sendiri. Mungkin TM kecewa xdapat pergi haritu....tapi TM xdapat nak bayangkan berapa ramai lagi peminat2 seluruh Malaysia yg kecewa...mungkin tahap yg lebih tinggi lagi...kerana pasti persiapan telah disediakan...senjata dan peluru masing2 telah di gilap baik2....apa pun kita semua kenalah Redha....kehendaknya....mungkin selepas ini akan ada game2 yang lain... kecewa macam ne pun ada batasnya...he2...!!!

Tuesday, August 4, 2009

Kekecewaan Tahap Tertinggi (1juta HP)


Minggu ini merupakan minggu yang amat mengecewakan TM, pertama kerana minggu ini merupakan minggu game serama terbesar akan diadakan di Kelantan iaitu di Bachok. Kekecewaan TM tidak dapat turun kesana kerana isteri mungkin bersalin anak sulung TM minggu ini setelah due datenya berakhir 2/8/2009..dan sedang menunggu hari. Memandangkan isteri di Perak dan di TM di J.B. semakin bertambah pening kepala. Memandangkan game ini game terbesar pasti ramai peminat dan pemilik2 serama yg hebat akan turun di sana. Terlepas peluang TM ke sana,setelah turun ke game2 sebelum ini seperti di Seberang Jaya, Penang, K.L dan Tmn Anis, Pngklan Chepa. Arap kawan yg lain yg pergi dapat memasukkan picture2 terbaru dari sana ke dalam blog masing2. Diharap game di sana nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan, seperti cuaca dan sebagainya.

Kekecewaan Kedua


Semalam TM buka laman blog teman TM dari Serama Utara, dapatlah TM lihat anak dari hasil bapak Accapan dari pemiliknya di Penang saudara Amir. Alangkah frustnya TM melihat gambar anak A itu kerana ianya sangatlah menawan hati TM. Kekecewaannya ialah kerana semasa TM berkunjung kerumah saudara Amir(SP),dengan niat mencari induk untuk di pasangkan dengan Ara TM. Anak A(Tok Bedak) itu sebenarnya adalah sepasang, setelah mengambil seekor induk dari SP, TM gatal mulut jgk bertanya tentang anak itu yg dikatakan anak Accapan, TM minta beli seekor saja walau anak itu hanya berusia seminggu sahaja. Saudara SP meng OFFER kan TM mngambil kedua2 ekor sekali, memandangkan TM pun mempunyai budjet yg terhad(he2….) TM pun mengambil seekor saja yg pada pengamatan TM adalah jantan…



Setelah di pelihara oleh org rumah TM anak itu. Hasilnya anak itu adalah betina. Dan menambah frustnya adalah Jantan itu mengikut gaya bapanya iaitu Accapan yg bertengkuk ala ular iaitu S(seperti di dalam blog Seramautara)…menangis x berlagulah jawabnya…mungkin ini yg dikatakan konsep rezeki…kepada pemilik anak A(Tok Bedak) itu…jagalah elok2 anak A itu, kerana TM sangat berkenan. Dan klau kata nak jual kat TM pn ok jgk calling2lah TM…ha2……………uwaaaa………..
p/s: Gambar di sebelah adalah anak kepada Accapan(Accapan adalah milik Amir Penang). Anak A jantan yg TM terlepas peluang memilikinya..........Anak ini antara ciri yg TM minat. baka Tok Uban. kepada tuan milik gambar ini TM mohon izin untuk publish picture2 ini. iaitu picture Accapan(gambar atas sekali) dan Tok Bedak.(di sebelah)

Di sebelah adalah gambar anak tina A baka Tok Uban yg TM amik dari SP. Gu kepada Tok Bedak tu....agak2 nak letak nama apa untuk di gandingkan dengan nama Tok Bedak tu...
Si Gincu bleh kot....he2...jgn marah yea....kepada saudara SP inilah gambar nya......tengkuk ada ikut mcm bapak dia jgk panjang mcm ular.





Induk Dari Reban SP......
Induk ini TM amik untuk di gandingkan dengan Ara TM, kini tengah mengeram telur 4biji, 2biji lagi satu retak dan satu lagi lembik. xpelah harap2 ada hasil nanti. menurut kata tuan lama, induk ini dari reban halim labu labi
kepada saudara Sp terima kasih banyak2.....



Anak Mcm Kapal Tunjuk Belang.

Di bawah adalah gambar anak ayam A yg TM beli masa mula2 nak minat balik serama nie. TM beli pada seorang kenalan dari PCB, Kota Bahru. TM beli anak dengan harga borong tanpa peduli salasilah,keturunan atau baka. Main sauk je tengah hauu masa tu. Dengan harga hanya tidak lebih dari Rm250 untuk 5ekor. Kesemua ayam itu di pelihara oleh ayah TM dan hasilnya seperti gambar. Dari anak ke Remaja. Yang lain2 semua betina dan sekor lagi mati masa kecik. Kepada Abg Zainal PCB(suami tauke baju batik he2…jgn marah yea promote sekali) terima kasih banyak2…..


Ini gambar nya yang terkini. walaupun balung nya tidaklah cantik sangat, tapi gayanya ada jgk. dan rajin jgk kipas kepak. ok lah bg TM, ayam mcmni walaupun asal masa beli tengok macam anak ayam kapal je...kata kawan TM, skarang baru dia naik kan dada dan tegak......alhamdulillah.....




Ini adalah selingan aja...gambar ayam TM Ara tu....Kira gambar terbarulah nie.......ada kat J.B ayam nie.....



Dalam proses nak galakkan dia balik sebab TM dah masukkan dengan induk aritu. silap jgk TM, main bedok je....x tau cara lagi masa tu...untuk maintance performance ayam tu......

Anak Betina Potensi Untuk Bertanding

Induk remaja ini TM amik dari seorang kenalan di K.L. induk ini khabarnya dari baka Rahman Melaka. Tuannya lah yang cakap. Gayanya cukup menarik apabila ia berjalan, dengan gaya tarik2 nya. Tetapi masih muda lagi betina nie. Kepada tuan ayam ini dulu terima kasih banyak2 TM ucapkan banyak bagi petua dan tips2.
P/S: di harap jikalau ada kata2 dari Tm yg menyentuh sesiapa harap dimaafkan...maklum kawan baru belajar.......